Saturday, October 15, 2011

PANDUAN TENTANG HANDPHONE






berkongsi pasal handphone...
SEMUA CEK TELEFON MASING-MASING.......
status ke'ORIGINAL'an handphone korang semua...
sila lah type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
... ... semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******

utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH...

MENJADI TUNANG ORANG TANPA KITA SEDARI

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

‎5 SYARAT UNTUK KITA SEMUA SEBELUM MELAKUKAN MAKSIAT

Friday, October 14, 2011

SAHABAT



Sahabat yang soleh
Laksana penjual kasturi
Sedikit kesannya
Keharuman melata

Sahabat yang soleh
Kebaikannya menjadi tumpuan
Keimanannya terus digilapkan
Ketaqwaannya dapat ditingkatkan
Mengalahkan syaitan yang siang
Malam berjuang untuk kerosakan

Sahabat yang soleh
Rupa paras bukan jadi bandingan
Darjat & pangkat bukan soal pilihan
Kejayaan yang dimiliki di atas dunia bukan jadi ukuran
Yang mulia di hati budi
Asasnya Iman
Neracanya Taqwa

Sahabat yang soleh
Ialah yang menegur kesilapanmu
Bukan niat untuk menunjuk pandai darimu
Bukan kerana untuk mencari silapmu
Bukan disebabkan membenci dirimu
Bukan gara-gara iri hati padamu

Ketahuilah

Sahabat yang soleh sangat menyayangi akan sahabatnya

Tidak tegar melihat sahabat yang dicintainya terus tersasar & tersasar
Dari cinta & redha Ilahi

Sahabat yang soleh
Akan berusaha menegur kesilapanmu dengan penuh berhikmah
Agar ia tidak berulang
Melarangmu dari melakukan kemungkaran
Yang membetulkan kesalahan
Yang mengingatkan dari kealpaan
Yang menasihatkan dari kelalaian
Yang berusaha sedayanya membawamu jauh dari lembah kemaksiatan
Yang berusaha seupayanya membawamu jauh dari lembah kebinasaan
Yang berusaha segigihnya agar dirimu jauh dari lembah kehancuran


Tidak setakat menganggukkan kepala
Mengiyakan apa yang kau kata
Setuju apa yang kau bicara

Sahabat yang soleh
Ialah disimu pada setiap keadaan
Yang meraikanmu pada saat kegembiraan
Yang mendampingimu pada saat kesedihan
Yang sanggup berkongsi kepentingan
Yang tidak pernah mengungkit pemberian
Yang senantiasa mendoakan kebahagiaan buat sahabatnya tanda ingatan
Yang tidak pernah berundur dari medan perjuangan
Untuk merealisasikan sebuah pengorbanan

Sahabat yang soleh
Malunya mengatasi perawan

Beraninya mengatasi pahlawan
Cintanya bukan pada gambaran
Rindunya bukan pada pertemuan

Sahabat yang soleh
Hatinya sarat dengan Iman
Rantingnya Ikhlas
Dan puncak keredhaannya menjadi tumpuan

Sessungguhnya
Ajal & maut bukan penyebab putusnya ikatan sebuah persahabatan yang telah kau bina dengan penuh kasih & sayang
Jadikan doa yang tulus & ikhlas serta Al-Fatihah yang tidak putus-putus sebagai hadiah yang tiada tandingan sebagai tanda ingatan dalam persahabatan

Sahabat yang soleh
Yakinilah bahawa ajal & maut sebagai satu permulaan kebahagian & berdoalah bahawa akan kau dipertemukan semula dengan sahabat solehmu oleh Allah di Jannatul Firdaus yang abadi
InsyaAllah

Sahabat yang soleh
Cintailah sahabatmu hanya kerana Allah
Kelak
Halawatul Iman dapat kau nikmati 

Ketahuilah bahawa,
Memiliki Seorang Sahabat Sejati Adalah Lebih Berharga Dari Seribu Teman Yang Mementingkan Diri Sendiri

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

~Penaklukan Baitulmuqaddis
~Zina bermaharajalela
~Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
~Bermaharajalela alat muzik
~Menghias masjid dan membanggakannya
~Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
~Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
~Ramai orang soleh meninggal dunia
~Orang hina mendapat kedudukan terhormat
~Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
~Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
~Bulan sabit kelihatan besar
~Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
~Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
~Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
~Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
~Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
~Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
~Orang akan melakukan homoseksual.
~Akan terdapat ramai anak luar nikah.
~Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
~Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
~Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
~Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
~Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
~Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
~Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
~Banyaknya berlaku gempa bumi
~Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
~Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
~Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
~Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

"10 AMALAN YANG TERBALIK" …bukan terbaik.


Assalamu'alaikum!!!!!!

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentangamalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluargasimati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh danseterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di manaRasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediamakanandan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah merekayanghadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salamberisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nakdikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau iamenziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalaumenziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kendurikahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makanbukan untuk ia menambah pendapatan.

GADIS

Zaman skarang..semuanya nak di angap ganjil :(


-Gadis berniqab, ganjil?
-Gadis menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama
kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun
yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu
orang lain, ganjil?
-Gadis tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis ganjil?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SUPPORT