1. MANISNYA MENJADI WANITA ISLAM Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992 ISLAM ITU INDAH
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
3.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
4. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
5. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
6. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
7. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
8. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
9. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
10. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
11. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati
anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
12. Wanita yang memerah susu binatang dengan bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
13.Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah, Allah akan berkatkan rezekinya Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas
23. Dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
24. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai
purdah di dunia ini dengan istiqamah
No comments:
Post a Comment